BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Lilypie Kids Birthday tickers

Thursday, May 27, 2010

lifetime addiction

bila ckp psl addiction mesti ada yg terbeliak mata kan?..sabau2, jgn nk wat andaian dulu.tetiba teringat plak dan membuatkan perut nih nk sgt2 benda 2.mesti wat andaian lg kan?.addiction tu ada byk tau...bkn benda yg memabuk kan ke atau yg membuatkan kita mati cpt, tp addiction (jeng jeng jeng) for coklat kek la. ish ish ish...tu la asyik pikir yg bkn2 jer. Untuk yg suka mencuba, cuba lah resepi ni ekkk (tetiba plak ngajar msk).

Bahan-bahan ( 18 cm )
  • * 150g coklat
  • * 50g mentega
  • * 50cc susu segar
  • 3 biji telur
  • 50g tepung
  • 10g serbuk koko
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 40g gula aising
  • Secubit garam

Cara-cara

  1. Ayak tepung, baking powder dan serbuk koko
  2. Campur semua bahan * . Cairkan di atas api yang kecil. Bila mentega dah cair, padamkan api.
  3. Panaskan oven ke 140 degree
  4. Asingkan telur kuning dan putih.
  5. Masukkan secubit garam dalam telur putih. Pukul sehingga berbuih. Bila dah berbuih, masukkan gula sikit demi sikit. Pukul lagi sehingga telur gebu
  6. Dalam mangkuk lain pukul pula telur kuning sehingga jadi macam mayonis. Kemudian masukkan cairan coklat tadi. Pukul lagi sehingga sebati.
  7. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Kacau sehingga sebati.
  8. Masuk pula telur putih sedikit dan dikacau. Ulang sampai habis.
  9. Bakar selama 45 minit.
  10. Selepas 30 minit dibakar, tutup permukaan kek dengan aluminium foil untuk mengelak permukaan kek daripada hangus.
  11. Untuk hiasan bolehlah ditabur dengan gula aising.

Ini lah hasilnya kalau dah penat2 try..kalau tk jd..(wat la lain...2 pun nk kena bgtau ke)

nyum...nyum...nyum.....

0 comments: