1. Lupakan masa lalu Anda bukanlah insan yang pernah dikhianati, dibenci mahupun ditinggalkan menjelang hari pernikahan. Setiap perkara yang dilalui sepanjang kehidupan lalu harus dijadikan pengajaran. Tetapi, jangan biarkan pengalaman buruk anda pada masa lampau mempengaruhi hubungan yang sedang terjalin. Jangan biarkan hal-hal positif dan menyenangkan anda dengan pasangan bertukar gara-gara terlalu asyik membuat perbandingan dari tahun ke tahun. Ibaratkan hubungan yang baru dijalinkan itu seperti kertas putih yang siap dicorak. 2. Temui ramai orang Bekerja di bawah satu bumbung yang sama atau tinggal berhampiran dengan kediaman anda tidak bermakna dapat membantu anda menemui calon kekasih yang berpotensi, kecuali seorang teman yang sudah lama dikenali. Jalinkan hubungan cinta dengan seorang teman yang boleh membawa anda ke arah dunia persahabatan yang lebih bermakna. Keluarlah dari zon selesa anda. Sekiranya selama ini anda kerap ke pusat gimnasium selepas pulang dari tempat kerja, namun pada tahun ini, bangunlah pada awal pagi dan lakukan rutin harian dengan melaksanakan segala tugasan yang lebih menyihatkan. Lebih berkesan, ikuti kursus atau motivasi yang melibatkan pesertanya terdiri di kalangan lelaki dan wanita. 3. Ubah penampilan Sudah tiba masanya anda meninggalkan gaya penampilan lama. Tidak salah sekiranya anda mengeluarkan wang yang lebih semata-mata untuk mengubah stail rambut terkini. Kunjungi salon dan bawalah contoh model rambut daripada majalah sekiranya perlu mendapat keterangan. Demikian pula dalam hal berkaitan pakaian dan aksesori. Pilih baju berwarna cerah dan bermotifkan corak yang menarik agar anda kelihatan menonjol pada setiap masa. 4. Jangan terburu-buru Menemui cinta baru mungkin mendatangkan kesan positif. Tetapi, jangan pula anda terus membawanya berjumpa dengan seluruh ahli keluarga. Tunggulah sehingga waktu yang tepat dan jangan sesekali merosakkan hubungan yang baru dibina itu. Hindari berbicara tentang masa depan saat hubungan baru berumur setahun jagung. Nikmatilah waktu perkenalan ini untuk memantapkan hati anda dan pasangan. 5. Jangan terlalu memilih Setiap orang pasti ada kekurangannya, jadi apabila anda begitu obses akan kekurangan pasangan, mungkin anda sukar untuk menemui cinta baru. Sekurang-kurangnya selidik dulu kelebihan yang ada pada dirinya. 6. Buat keputusan Cinta kerana paksaan akan membawa duka pada kemudian hari. Jangan takut untuk meluahkan apa yang terpendam kerana ia boleh mendatangkan kesan buruk dalam perhubungan. Oleh itu, lakukan keputusan yang berpihak kepada diri dan jangan takut katakan 'tidak'.
Sunday, October 31, 2010
cara utk mengatasi hati yg di kecewakan
Posted by ita at 8:20:00 AM 1 comments
Labels: mmg berkesan
Monday, October 25, 2010
hati dah kena pecah
hari ni genap 3 hari (mcm dah lama la sgt ek..) ita mulakan hidup baru. skt hati mmg la sgt, skt yg teramat2 sgt. ada ke patut nk break tp tk berani nk cakap, cuma delete number phone ita dr friend finder list dia. ya betul FRIEND FINDER list. bila di pikir2 blk, mcm bdk2 zaman skolah plak. gentle la kalau ya pun dah tknk, jgn la layan org sampai mcm 2. ingat kita ni xder harga diri ke apa?!!!!. cuba bayangkan mcm mn kalau org buat benda yg sama dkt kakak or adik korang?.sanggup ke korang tengok kakak n adik korang nangis jer?.mesti korang sakit hati...ye tak???
Posted by ita at 12:38:00 PM 0 comments
Labels: ada aku kisah????
Thursday, October 21, 2010
kesabaran di uji
memang betul org cakap sabar tu separuh drpd iman. memang tak di nafikan, tk penah nak nafikan. tapi kita ni manusia biasa jer, sabar tu ada had jgk (betul tak?).....tengok lah selama mana lg bleh sabar ni.
Posted by ita at 4:09:00 AM 0 comments
Labels: tengah menyabarkan diri
Wednesday, October 20, 2010
rasa dah lama sgt tk update nih
haiiiii....(bkn nk kata hai tp mengeluh nih),
Posted by ita at 1:24:00 AM 1 comments
Labels: hati sedang pilu

